Wednesday, October 28, 2009

LOGO SEKOLAH

KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan cetak meliputi alatan teknologi terkini.

PSS turut dilihat sebagai pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia perlu memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum.

Justeru itu, PSS wajar memiliki koleksi bahan dan alatan yang mencukupi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan tersebut.

Tuesday, October 27, 2009

MISI

Pusat Sumber Sekolah memberikan perkhidmatan yang menyeluruh bagi penyebaran maklumat dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Dasar Pendidikan Malaysia.

VISI



Pusat Sumber Sekolah bertindak sebagai pusat maklumat dan komunikasi bagi melahirkan murid-murid yang mengamalkan nilai-nilai murni serta cemerlang di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

GAMBAR PSS 2009



Bengkel Pembinaan Blog



Bengkel pembinaan blog telah berada di PKG tanjong Karang pada 28 hingga 29 Oktober 2009. Bengkel ini telah dihadiri seraimai 21 orang GPM sekolah zon Tanjong Karang.